Rabu, 19 Agustus 2009

Lagu dan Kisah Cinta

Posted on 8/19/2009 06:34:00 AM by Admin

Saya suka mendengar lagu berentak perlahan dan juga genre rock kapak. Hahaha… Mungkin ada dikalangan korang yang tak sangka yang saya ni berjiwa ‘orang lama’. Tetapi, memang itulah diri saya. Suka mendengar lagu-lagu macam ni kerana maksud dalam lagu-lagu tersebut lebih mendalam dan kena dengan kehidupan kita.


Namun begitu, terdapat juga lagu-lagu yang saya suka dengar dan ianya bersangkut paut dengan kisah cinta saya. Sedikit sebanyak, lagu itu ada menyimpan memori indah bersama dengan kekasih kita. Sebagai contoh, bila kita dengar suatu lagu ni, kita teringat kisah cinta kita bersama dengan si dia. Bila dengar lagu yang lain pula, teringat kisah cinta dengan orang lain. Dan macam-macam lagi.

Bagi saya, hanya dua lagu sahaja yang mengingatkan saya dengan percintaan kami. Iaitu lagu dari kumpulan Qiara – Hanya Padamu dan juga Ruffedge – Bila Rindu.
Qiara – Hanya Padamu

Lagu ini saya dapat daripada seorang kawan karib saya, Rushdi namanya. Beliaulah yang memberikan saya lagu ini kerana beliau tahu saya akan suka dengar lagu ini. Apabila pertama kali mendengar lagu tersebut, saya sudah terpesona dengan lirik dan rentak lagu tersebut. Dan lagu itu telah saya berikan kepada Mrs Teddy dan saya pernah nyanyikan lagu itu pada dia.

Kalau korang semua nak tahu, lagu Hanya Padamu ni lagi menangkap feeling dia apabila korang dengar sambil lampu ditutup dan pasang lagu tu kuat-kuat dan baring tutup muka korang dengan bantal. Confirm layan… Betul… Tak tipu punya… Memang feeling dia akan rasa lain. Nak pulak kalau korang menghayati lirik-lirik dalam lagu tersebut. Lagi menangis punya… :cry:

Ruffedge – Bila Rindu

Lagu ni pula saya pertama kali dengar di bilik sahabat saya tu juga, Rushdi. Tu pun apabila Mrs Teddy menyuruh saya mendengar lagu tersebut setelah disuruh berkali-kali. Hehehe…

Saya masih ingat lagi. Masa tu, saya dan Mrs Teddy baru sahaja bercouple, dan Mrs Teddy beriya-iya menyuruh saya mendengar lagu tersebut. Nasib baik la kawan saya tu memang suka kumpul lagu-lagu Melayu. Jadi, mudahlah saya untuk mendapatkan lagu Bila Rindu tu.

Saya rasa, korang pun mesti ada lagu-lagu yang pernah menjadi sebuah memori dalam hidup korang. Kalau ada, sudi-sudikanlah menceritakan lagu apa dan kenapa. Nak jugak tahu lagu apa yang pembaca Tentang Cinta suka dengar dan kisah cinta disebalik lagu itu. :halo:

Sumber : tentangcinta.com
 

No Response to "Lagu dan Kisah Cinta"

Leave A Reply

INGIN MENDAPATKAN DOLAR?.........SAYA SUDAH BUKTIKAN!!!!!!!!!!!
Caranya?
Klik semua Iklan PTC Atau Banner di Bawah ini satu persatu, kemudian Daftar....( Gratis Bro ).....Setelah Daftar Log In.....
Setelah Log In........Klik View Ads......Kemudian Klik Link satu per satu....tunggu sebentar.......Setelah paling atas muncul tulisan ( CLICK "9" ) klik angka nomor 9 dan seterusnya.......Dolar sudah kita dapat Bro.....gampang kan?........

Untuk mencairkan Dolar yang sudah kita dapat, kita harus mempunyai rekening PAYPAL. Daftar Paypal disini